SATU ABJAD SATU ALAM
إنَّ اللهَ يَرْفَعُ بهذَا الْكِتَابِ أقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ
“Allah akan mengangkat darjat beberapa kaum dengan kitab ini dan menjatuhkan dengannya kaum yang lain”.
Sepanjang zaman, orang-orang yang diangkat darjat ialah orang yang mendahului dari segi ilmu pengetahuan. Semestinya Al-Quran itu mengandungi setinggi-tinggi ilmu pengetahuan supaya Allah mengangkat setinggi-tinggi darjat kita di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Taala :
إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَـٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَـٰتٍۢ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ ﴿١٩٠﴾ ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمًۭا وَقُعُودًۭا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَـٰطِلًۭا سُبْحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ١٩١
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka”.
(Ali Imran 190,191)
Marilah kita merenung seketika alam ciptaan Allah supaya mengheningkan jiwa dan perasaan. Kita selalu mencari ketenangan, tetapi ketenangan hanya apabila kita banyak mengingati Allah dengan memikirkan tentang ciptaanNya. Kita tidak mampu memikirkan zatNya tetapi kita mampu untuk memikirkan semua ciptaanNya. Di situ terkandung keesaan dan kekuasaanNya tanpa dinafikan lagi.
SELAMAT MEMBACA
Pada edisi ini akan diterangkan mengenai fungsi Black Hole yang diterangkan di dalam Al-Quran berlaku di Angkasa Raya. Firman Allah.
“Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul; Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya”. (At-Takwir 15,16)
‘Khannas’ialah ‘tersembunyi’ ertinya tidak mungkin Black Hole itu dapat dilihat oleh mata kasar.
‘Al-Jawar ertinya ia bergerak. Ciri-ciri yang menunjukkan bahawa Lubang Hitam ini sentiasa bergerak dan beredar di Angkasa Raya.
‘Al-Kunnas’ ertinya berkuasa menghapuskan jisim. Inilah fungsi Lubang Hitam yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Kita tidak mampu memikirkannya kecuali ilusi sahaja.
وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ ۖ كُلٌّۭ فِى فَلَكٍۢ يَسْبَحُونَ ﴿٣٣
“Dan Dialah yang menciptakan siang dan malam, matahari dan bulan. Setiap sesuatu beredar di atas falaknya”. (Al-Anbiya 33)Di dalam ayat ini Allah Taala menyatakan bahawa setiap sesuatu tadi beredar melalui falak tertentu yang telah dihadkan. Sebagai contoh, pancaran bintang-bintang di langit dihasilkan dari serpihan cahaya dan beredar mengikut garisan yang tertentu.
Maka tidak mungkin serpihan ini bertembung kerana ia bukan jisim seperti bumi contohnya, di sini banyak berlaku bencana. Dengan rahmatNya, Allah telah menjadikan fungsi Lubang Hitam ini penghapus jisim dengan memelihara serpihan/percikan itu dari berlanggar dengan jisim-jisim bintang yang berputar di atas garisan falaknya.
FIZIK DAN KIMIA
Apabila kita berfikir tentang ayat ini akan tersingkap rahsianya bahawa Allah Taala mengajar kita asas yang satu tersusun dalam semua ciptaanNya. Lihat Rajah 2
Firman Allah Taala ;
وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِن قُرْآنٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهۚ وَمَا يَعْزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرَ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Dan tidaklah engkau (Wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha melainkan adalah kami menjadi saksi terhadap kamu ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari yang sehalus-halusnya atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.”(Yunus 61)
Allah Taala telah menerangkan kepada kita bahawa ada yang lebih kecil dari atom. Dari sini sebenarnya kita hendak mengetahui hakikat sebenar fungsi asas yang satu. Kita akan dapati jawapannya melalui berfikir di dalam Surah Az-Zariyat Ayat 7.
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْحُبُكِ
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya”.Dari ayat ini kita dapat mengetahui bahawa langit terkandung bahan-bahan seumpama kuasa yang tersusun dari berbagai bentuk jalan. Jalan-jalan itu berbentuk seumpama tenunan benang. Selanjutnya kita akan dapat mengetahui satu asas yang tersusun daripadanya membina alam sejagat. Ia berputar dari sekecil-kecil atom tersusun dari 3 garisan disilangkan antara satu sama lain seperti tali yang dipintal dari 3 benang. Lihat gambar di dalam Rajah 3.
Rajah 3
Begitu juga yang tersusun dalam sebutir atom. Ia berputar di antara satu sama lain menjadikan getaran. Dari asas yang paling kecil sehingga yang paling besar mempunyai asas yang sama seperti dalam Rajah 4.
Satu persoalan yang penting bahawa alam semesta ini bergerak dari atom yang kecil. Bagaimana ia berlaku? Cuba kamu lihat pergerakan asap. Bukankah ia terdiri dari zarah-zarah kecil. Pergerakan asap seperti bersilang-silang. Seorang mukmin akan mengambil iktibar dari apa yang dilihat olehnya. Oleh itu kita wajib mempercayai bahawa berlaku ‘Big Bang’atau ‘Letupan Besar’ yang menyebabkan pergerakan alam semesta berasal dari asas yang satu dan tersangat kecil seperti yang dipercayai oleh para saintis. Lihat Rajah 5 di bawah ;
Rajah 5
Mungkin kita akan dapat mengetahui jawapannya di atas persoalan ini. Cuba kamu memikirkan bagaimana kesudahan terjadi kepada alam semesta ini melalui Ayat Al-Quran Surah Al-Anbiya Ayat 104.
يَوْمَ نَطْوِى ٱلسَّمَآءَ كَطَىِّ ٱلسِّجِلِّ لِلْكُتُبِ ۚ كَمَا بَدَأْنَآ أَوَّلَ خَلْقٍۢ نُّعِيدُهُۥ ۚ وَعْدًا عَلَيْنَآ ۚ إِنَّا كُنَّا فَـٰعِلِينَ ﴿١٠٤
“Ingat hari ketika kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami; sesungguhnya kami tetap melaksanakannya”.Allah Taala menceritakan bahawa pada kesudahan zaman ini Dia akan menggulung langit seperti menggulung lembaran kertas. Mungkin kita dapat memahami perkataan ini bahawa langit sekarang ibarat bahagian-bahagian yang berjauhan seperti lembaran-lembaran kertas yang bertaburan itu disusun kemudian disatukan. Akhirnya ia kembali semula menjadi umpama sebuah buku di dalam fail. Ini bermakna ia akan berulang menjadi seperti asal semula setelah ia berpisah-pisah. Lihat Rajah 6 di bawah ;
Jadi tidak mustahil bagi Allah Taala untuk mengembalikan alam semesta ini menjadi seperti asalnya kerana Lubang Hitam itu berupaya untuk menghapuskan jisim. Oleh itu kita ibaratkan fail itu adalah Lubang Hitam dan langit itu ialah lembaran-lembaran kertas yang bertaburan.
Selanjutnya saya akan menerangkan tentang angka 6 atau segienam komplek yang berasaskan sebuah segitiga dari asas yang sama tetapi berlainan bentuk atau dimensi. Semua perkara telah diasaskan oleh 3 garisan yang berhubung dengan satu titik. Dengan ini Allah Taala telah memperkenalkan segala bentuk keesaanNya melalui semua ciptaanNya untuk kita fikirkan dan mengimaninya.
SEGIENAM
Lihat Rajah 7 di atas. Berapakah bilangan bulatan atau segienam di dalam rajah itu? Jawapannya 19. 1 + 1 + 1+ 1 + 1+ 1 + 1+ 1 + 1+ 1 + 1+ 1 + 1+ 1 + 1+ 1 + 1+ 1 + 1 = 19. Begitu juga 1 + 6 + 12 = 19. 1 dan 9 = 10 = 1. Inilah asasnya. Lihat pula Rajah 8 di bawah ;
Inilah kesempurnaan semua ciptaan Allah. Kamu akan melihat ia juga asas yang sama bagi semua tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia dan alam semesta. Lihat Rajah 9 di bawah ;
Rajah 9
Dengan cara berfikir dan merenung ayat-ayat Al-Quran, kita akan mendapati keharmonian ciptaan Allah Taala yang disebut fitrah. Walaupun kita melihat perbezaan ketara, ia tetap mempunyai asas yang sama.
Lihat pula Rajah Seterusnya;
Kamu lihat pada Rajah 10 di bawah terdapat sedikit persamaan antara bentuk salji halus dengan sepohon paku pakis walaupun unsurnya amat berlainan. Begitulah Allah mengulangi semula semua ciptaanNya dan akan berbalik seperti asal sebagai yang dijanjikan olehNya dalam Surah Al-Anbiya Ayat 104 dan ayat-ayat yang lain.
Rajah 10
Dari sini wujud teori sains tentang ‘Pattern’atau ‘Bentuk’. Ia bermula dari yang paling ‘simple’atau ‘mudah’. “This same pattern repeats with every new invention or technological breakthrough. In biological systems we can see the same simple patterns repeat in populations, from single cells to human civilizations.”.
Kamu mungkin boleh faham percantuman ini seperti dalam Rajah 11.
Rajah 12
Pada Rajah 12 kamu akan dapati pengiraan Matematik yang biasa dan mudah difahami seperti Rajah di sebelah kanan dan Matematik Tambahan di sebelah kiri Rajah. Kedua-duanya adalah sama. Cuma saiz antara X dan Y pada rajah kiri adalah berbeza.Bagaimana ia dihasilkan? Ia berfungsi dari internal(x) dan external(y) seperti yang kamu lihat pada Rajah 13
Dari sini kita mengetahui bahawa kewujudan bergantung kepada kesinambungan atau semua yang tampak nyata itu berhubung kait dengan bentuk dalam satu masa. Banyak benda yang jelas kelihatan dan ketara akan menjelma secara bersambung-sambung menjadi sebagai asas kepada bentuk fizikal seperti atom atau molekul dan boleh disebut sebagai ‘Physical Shape’/‘Acuan Fizikal’.
Ketidaksambungan dalam sesuatu yang tidak nyata akan memaksa untuk bersambung supaya menjadi nyata. Contohnya kamu ingin menyatakan sesuatu yang tersirat, kamu akan menggunakan kata-kata yang jelas dengan semua kata-kata yang berhubung kaitan. Kalau kamu berkata “Saya.....saya.....” orang tidak faham atau kamu berkata “Sakitnya lutut” sedangkan yang tersirat ialah ‘sakit hati’ jadi yang tersirat itu tidak nyata.
Kewujudan boleh dilihat melalui;
1)Chemical Pattern contohnya sesuai atau tidak kamu mengambil makanan atau dadah?
Pattern of physical movement – berlenggang, berjalan tunduk, cara-cara menggerakkan bahagian badan, senaman seragam, tarian dan lain-lain.
2)Patterns of speech – mengulangi asas tatabahasa, kosakata, mengubah gaya bahasa, dialek, rima, aliterasi, pengulangan.
3)Musik – pengulangan bahagian-bahagian irama, kekerapan secara harmoni.
4)Pemikiran (Internal dialogue) – pemikiran secara tertutup. Bentuk utama ‘Saya/Aku’.
5)Pemikiran (Visualization) – dinamik dan selari berbentuk masa yang nyata. Pengertian utama mengenai ingatan dan menggambarkan senario yang sempurna.
6)Bentuk pelbagai gabungan – keadaan yang biasa, terdiri dari gabungan unsur atau bentuk yang cepat berubah dan lebih aktif dari yang lain.
7)Dari pemikiran kamu, apakah yang boleh difahami dengan pengertian ‘Similarity’ atau persamaan dengan teori ini? 3x9=27 , (1+1+1)xy= 27 dll. Berapa kalikah diulang segitiga atau externel segitiga sedangkan ia adalah satu titik yang digariskan?
Semuanya memberi pengertian keesaan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah Taala menciptakan makhlukNya. Ia telah menyatakan firman Allah ini;
Dari sini kita mengetahui bahawa kewujudan bergantung kepada kesinambungan atau semua yang tampak nyata itu berhubung kait dengan bentuk dalam satu masa. Banyak benda yang jelas kelihatan dan ketara akan menjelma secara bersambung-sambung menjadi sebagai asas kepada bentuk fizikal seperti atom atau molekul dan boleh disebut sebagai ‘Physical Shape’/‘Acuan Fizikal’.
Ketidaksambungan dalam sesuatu yang tidak nyata akan memaksa untuk bersambung supaya menjadi nyata. Contohnya kamu ingin menyatakan sesuatu yang tersirat, kamu akan menggunakan kata-kata yang jelas dengan semua kata-kata yang berhubung kaitan. Kalau kamu berkata “Saya.....saya.....” orang tidak faham atau kamu berkata “Sakitnya lutut” sedangkan yang tersirat ialah ‘sakit hati’ jadi yang tersirat itu tidak nyata.
Kewujudan boleh dilihat melalui;
1)Chemical Pattern contohnya sesuai atau tidak kamu mengambil makanan atau dadah?
Pattern of physical movement – berlenggang, berjalan tunduk, cara-cara menggerakkan bahagian badan, senaman seragam, tarian dan lain-lain.
2)Patterns of speech – mengulangi asas tatabahasa, kosakata, mengubah gaya bahasa, dialek, rima, aliterasi, pengulangan.
3)Musik – pengulangan bahagian-bahagian irama, kekerapan secara harmoni.
4)Pemikiran (Internal dialogue) – pemikiran secara tertutup. Bentuk utama ‘Saya/Aku’.
5)Pemikiran (Visualization) – dinamik dan selari berbentuk masa yang nyata. Pengertian utama mengenai ingatan dan menggambarkan senario yang sempurna.
6)Bentuk pelbagai gabungan – keadaan yang biasa, terdiri dari gabungan unsur atau bentuk yang cepat berubah dan lebih aktif dari yang lain.
7)Dari pemikiran kamu, apakah yang boleh difahami dengan pengertian ‘Similarity’ atau persamaan dengan teori ini? 3x9=27 , (1+1+1)xy= 27 dll. Berapa kalikah diulang segitiga atau externel segitiga sedangkan ia adalah satu titik yang digariskan?
Semuanya memberi pengertian keesaan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah Taala menciptakan makhlukNya. Ia telah menyatakan firman Allah ini;
قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ بَدَأَ ٱلْخَلْقَ ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْءَاخِرَةَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ
“Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan mengulagi ciptaan itu semula dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu..” (Al-‘Ankabut 19)
Cuba kamu lihat bentuk-bentuk dalam sehelai daun dalam Rajah 14.
Rajah 14
Ia dihasilkan dari ‘simple pattern’ seperti Rajah 15.
Kemudian ia akan diulang seperti Rajah 16 di bawah ;
Kemudian ia akan diulang seperti Rajah 16 di bawah ;
Kamu boleh membuat kesimpulan bagaimana Allah menciptakan alam ini dan semua yang terkandung di dalamnya. Dari segitiga, segiempat dan segienam. Ia juga seperti ini;
Pada Rajah 17, kamu melihat ciptaan Allah secara keseluruhan. Kamu dapat membuat kesimpulan bahawa ciptaan Allah bermula dari satu garisan seperti Alif dan digabungkan dengan 3 Alif. Dari pergerakan 3 Alif tadi ia beralih menjadi Waw iaitu 6 persegi cantuman dari dua segitiga menjadi segi empat.
Adakah apa-apa berbezaan antara dua Rajah ini?
Tidak ada sesuatu perbezaan pun di antara kedua-duanya, tetapi Rajah A lebih kerap pengulangannya dari Rajah B. Begitulah semua ciptaan berasal dari asas yang sama.
Rajah B
Tidak ada sesuatu perbezaan pun di antara kedua-duanya, tetapi Rajah A lebih kerap pengulangannya dari Rajah B. Begitulah semua ciptaan berasal dari asas yang sama.