.


SATU ABJAD SATU MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.


Aku tidak tahu untuk memuji Allah sepertimana Dia telah memuji dirinya sendiri. Aku amat zalim kerana kurang memberi manfaat terhadap orang lain. Hanya yang aku ketahui bahawa tiada sesuatu pun yang lebih memberi manfaat kecuali yang bersatu. Kayu hendaklah bersatu dengan kayu, batu dengan batu, besi dengan besi, kaca dengan kaca, plastik dengan plastik dan ketika lain boleh disatukan pelbagai jenis, kurang atau lebih salah satunya. Tetapi adalah sangat sukar untuk menyatukan jenis-jenis yang berlainan sekali gus bahkan kurang manfaatnya.

Saudara saudariku,

'Bangsa' adalah sama pengertian dengan 'Jenis' tetapi jenis digunakan untuk benda yang tidak bernyawa. Oleh itu penyatuan bangsa lebih utama untuk dimulai sebelum agama. Bagaimana hendak menyatukan semua bangsa sedangkan bangsa sendiri dan sejenis pun masih tidak mahu bersatu? Kumpulan kecil kita masih tidak bersatu sudah berangan-angan hendak menyatukan semua bangsa di bawah payung agama.

Saudara saudariku, sudah banyak 'Formula Penyatuan' begini dan begitu. Kenyataan di dalam perlaksanaannya ialah semakin banyak perpecahan berlaku. Kita masing-masing masih menyimpan berbagai perasaan tidak puas hati dengan ketidakadilan yang berlaku walaupun tidak disuarakan. Manakah agama Islam kita yang membuktikan penyatuan? Di mana silapnya Al-Quran yang menyuruh suatu kaum membuat perubahan? Bukan maksudnya 'perubahan seorang individu'. Allah tidak akan mengubah kaum/bangsa itu jika mereka tidak mahu berubah.

Tetapi perubahan yang bagaimana? Anda bukankah lebih bijak. Anda akan dapat jawapannya melalui naluri anda walaupun keegoan anda lebih mengatasi. Kalau anda percaya bahawa ahli syurga itu sangat berkasih sayang dan anak kunci syurga itu pun ialah Bismillahirrahmanirrahim. Berbanding dengan ahli neraka mereka masing-masing bertengkar antara satu sama lain dan benci membenci. Nabi berkata mafhumnya 'tanda-tanda ahli syurga itu di dunia lagi, begitu juga ahli neraka suka bertengkar sesama sendiri.

Kita tidak mahu membuang masa lagi. Perpaduan Melayu semakin retak dan hampir runtuh. Kekuatan bangsa semakin lemah dan akan dikuasai oleh bangsa lain. Orang yang berada di zon selesa tidak merasai apa-apa kebimbangan pun. Mungkin mereka telah bersedia untuk berhijrah jika sekiranya berlaku kekecohan ketara di Negara ini. Tetapi orang yang terinaya tidak akan membiarkan mereka lari selamat. Hanya dengan berdoa sahaja tanpa hijab dari Allah pasti dimakbulkan segera walaupun seorang kafir yang terinaya.


Sejarah telah membuktikan kehancuran sesuatu bangsa apabila bangsa itu terlampau angkuh dan mementingkan diri sendiri. Kehancuran bangsa juga terjadi akibat pergaduhan dan peperangan. Kehancuran sesuatu bangsa itu disebabkan mereka menyanggah fitrah kemanusiaan. Tidak jauh dari zaman kita, kehancuran bangsa ada buktinya dan sebab musababnya. Negara Champa, Kemboja contohnya, Para Alim Ulamak bersalahan pendapat dan bertegang leher menegakkan kebenaran masing-masing. Perpecahan akidah berlaku dan seterusnya membawa sifat taksub yang berlebihan sehingga sanggup menghina orang lain yang juga seagama. Akibatnya Negara mereka diserang kaum Pol Pot yang langsung tidak berperi kemanusiaan dan menyembelih para alim ulamak yang berselisih pendapat.

Gagasan Tanah Melayu hancur apabila berlaku pergaduhan di Istana memudahkan musuh orang Portugis masuk campur sehingga British yang kononnya menyelesaikan kemelut yang tak kunjung penyelesaian berlaku. Mereka cuba campur tangan urusan Istana. Begitulah lemahnya suatu kerajaan apabila retaknya dari dalam dan retak itu tidak ditampung atau mungkin asasnya tidak cukup kuat. Negara kita tergadai disebabkan kezaliman Raja-raja yang memerintah dengan penuh kemewahan di tangan mereka dan di pihak rakyat dalam keadaan kemiskinan yang ketara.

Kita berundur masa kepada zaman sebelumnya lagi yang mana Kerajaan Islam SeDunia era khalifah mulai hancur. Ketika Baghdad diserang kaum Tartar dan Konstatinapol diserang tentera Salib. Mereka berjaya mengekalkan kerajaan Islam tersebut selama 800 tahun, itu pun hancur tidak lain disebabkan kezaliman terhadap manusia lemah apabila mereka berdoa.

Para Alim Ulamak pada zaman itu bukan tidak mengalami penginayaan dan siksaan dari khalifah yang zalim tetapi mereka sangat hikmah. Mereka menggunakan doa yang makbul daripada orang yang terinaya itu sebaik-baik mungkin untuk tidak menghancurkan kerajaan Islam. Mereka hanya berdoa kebaikan semata-mata. Mereka berdoa supaya para khalifah diberi hidayat petunjuk oleh Allah swt. Cuma kehancuran Baghdad berlaku adalah disebabkan doa atau permintaan dari kaum Tartar/Monggol yang kafir. Mereka diinaya oleh orang Islam.

Perempuan-perempuan yang diperkosa oleh anak ulamak Islam dan dirampas harta mereka. Perempuan-prempuan Monggal itu telah menunjukkan hujung pedang yang terhunus ke arah langit lalu berkata "Wahai Tuhan orang Islam ! Sesungguhnya orang-orang Islam telah menzalimi kami. Maka tunjuklah kekuasanMu di atas hujung pedang-pedang kami". Begitu sekali Allah mendengar pengaduan dari orang yang terinaya walaupun mereka kafir dan memperkenankannya. Orang Tartar yang semua tentera terdiri dari kaum wanita dengan penuh yakin terhadap penerimaan doa mereka mengumpul bala tentera dan menuju ke Baghdad lalu menghancurkan Baghdad.

Bacalah dahulu puisi ini baik-baik.

HANYA KERANA KASIH SAYANG
Sebelum aku menyuarakan perasaan ini
ialah yang pertama dan terakhir ku ucapkan
dari kata hati yang sukar diungkapkan
kerana suara ini telah tertunda lama terpendam
namun, dapat membezakan antara puisi dan pidato.
Kalau tuan ingin memahami bahasa hati,
silakan faham!

Perasaan belas kasihan si dia
yang menerima nasib sepertiku
Aku mampu menghayati kesusahan itu
masih ada nilai kehidupan bersama
dalam kehangatan rindu dan kasih sayang
nilai sekepal nasi dan sejenis lauk.

Dia pulang hanya membawa kegembiraan
Kami orang miskin dari segala kebendaan
Sedangkan orang jahat membahagi harta hina
dan menghina kami setiap hari setiap masa
Hakim yang zalim dan amat tamak sekali
Pembahagian harta yang merugikan
kerana ia tidak mampu membeli hati

Kami tidak tersinggung sedikit pun
kalau kami di hutan atau tengah lautan
jika kehidupan kami ada sedikit hak
tetapi sejengkal tanah yang kami pijak
nyawa dan harta kami solah-olahnya
tiada sekelip mata yang memandang
kecuali semuanya milik Penguasa Gila.

Ya ! Pemimpin yang tiada perasaan
Perasaan kemanusiaan itu belas kasihan
Mereka tidak pernah merasai kesempitan
kemewahan dan perbelanjaan harian.
Minyak kereta si Raja yang membayarnya
dengan duit siapa seolah-olahnya?


Makan minum, kemewahan siapa bayar?
Kami telus tulus rupa-rupanya.
Betul bendul tak tahu menipu pulanya.
Jadi kami ditindas penipu akibatnya
Kata Allah "harta inilah penipu daya".


Oh benarlah harta itu penyebab pergelutan
punca perpecahan dan hasil kedengkian
biarlah kami aman dari perebutan kuasa,
yang dalam kuasa itu harta. Tidakkah begitu?
Patah hati, putus kasih sayang, suami isteri
hubungan persaudaraan dan sahabat handai.
Bukankah begitu jadinya?

Kebaikankah sangkamu itu?
Inilah 'Perpecahan' namanya.
Pertelingkahan tanpa penyelesaian.
Tetapi kehidupan keliling kami,
majoriti sangat mempengaruhi
Minoriti tertindas terhimpit
maka cukuplah wahai penindas!
hentikannya! kita mahu bersatu

korbankanlah apa sahaja,
harta dan nyawa demi cinta sesama
demi agama, bangsa dan tanahair tercinta
Cinta kasih sayang tak boleh dibeli
dengan wang ringgit harta millionar

Contohilah korban Tengku!
hanya yang tinggal hartanya,
Taman Rambutan di kaki Bukit Coras.
Demi kemerdekaan Malaya,
Pulau Pinang harta Kedah,
Bukankah jadi taruhannya?
Dan pesaka basikal tua
Tengku Abdul Rahman.

Tak usah contohi Umar Al-Khatab !
Korban Tengku pun tak terikut,
Oleh Si Lupa Daratan tak bertuhan.
Bumi dipijak berhidung tinggi.
Keangkuhan yang membinasakan
segala sifat peri kemanusiaan
musnah ditelan keangkuhan sendiri.

Binatang yang hina pun korbankan nyawa,
demi mempertahankan anak-anaknya.
dek kerana kasih sayang semata-mata
Tidak mudahkah korban harta dari nyawa?
Lebih mudah tetapi bagi mereka, amat sukar
kerana modal kasih sayang mereka sifar.
Ku tanya semua orang "Adakah pendapat selain ini?
"Bolehkah manusia kekal bersatu tanpa kasih sayang?".

Buang sahaja Bismillahirrahmanirrahim
dari mashaf Al-Quran dan berpecahbelahlah !
Janganlah bersatu! Biar tinggal slogan!
Bukti penyatuan, parti politik bertengkaran
Bukti cinta kasih Mat Saleh cium-ciuman
lebih mulia dari 'fuck' dalam parlimen.
Sedarilah bahawa kemuliaan adalah kekayaan.
Kehinaan yang dipikul Si Miskin itu kenyataan.
Hendak panggil manusia atau binatang?
Kedua-duanya bukan, mereka ada cinta kasih
Panggillah sahaja mereka 'Malaikat Tuhan'. 




Terima Kasih kerana membaca.

"Ceritakan kepada kami tentang bangsa Jawi!" kata orang yang sayang kepada bangsanya. Ada juga bangsa sendiri mencebekkan mulut mereka tanda benci bangsa sendiri.

Bangsa Jawi yang tenggelam dek pembohongan sejarah dari orientalis itu telah hampir pupus dari sebutan. Padahal di dalam kitab-kitab kuning(kitab kuno) telah tercatat Bani Jawi serta keagungan dan keunggulannya. Mereka pernah memerintah dunia, pernah maju dan berketamadunan melebihi kaum yang lain. Seolah-olah kini, bangsa Jawi kian tersembunyi dari suara dunia. Seperti pepatah 'Kerana lembu punya susu, minyak sapi dapat nama' dan dari kerana keagungan Bani Jawi itulah, Melayu dapat nama. Tetapi Melayu mudah lupa asal usul mereka menyebabkan Melayu kini kian layu.

Tetapi ingat! Jika alter Bani Jawi terangsang secara tiba-tiba, akan bangkit insan-insan yang tidak disangkakan oleh dunia boleh menjadi pemacu teknologi terkini, menjadi pelajar terbaik di dunia, pelopor-pelopor dan pencipta-pencipta yang hebat. Cuma puak barat sedaya-upaya menidakkan keupayaan dan kehebatan kita.

Rancangan Orientalis telah berjaya menghalang orang Timur untuk maju dan mendahului mereka. Dengan mengambil kesempatan dari otak orang Timur ketika orang Timur bijak di universiti, mereka mencedok tesis kita. Padahal sarjana-sarjana Barat itu telah menggunakan idea-idea bernas orang Timur dan mengatakan merekalah yang mencipta idea-idea itu.

Dari awal ketamadunan manusia lagi, ilmu seperti membina kapal, penerapan bintang, pembinaan bangunan yang tinggi dan sebagainya adalah dianugerahkan oleh Allah kepada para nabi dan orang-orang yang beriman. Teorem Phitogaros, Algebra, Mantik, Ilmu Perubatan semua itu sebenarnya milik orang yang beriman.

Sehingga sekarang pelbagai ilmu dapat ditimba dari Al-Quran dan masih belum diterokai sepenuhnya. Suatu zaman, Islam telah menguasai dunia ini yang mana semua teknologi telah dicipta oleh orang-orang yang beriman tetapi apabila Baghdad dan Konstatinapol hancur, hasil kitab dan buku-buku karya Islam dicuri oleh Eropah. Orang Eropah mengatakan merekalah yang menghasilkan penemuan sains tersebut padahal ia semua adalah milik orang Islam.

Sekarang kita terlalu menyerah dan mengalah dalam bidang apa pun, ekonomi, politik dan sosial. Kita menyerah kalah kepada orang Eropah sehingga mereka mempergunakan kita kembali. Jika kita bangun memperjuangkan milik kita, merampas kembali hak kita sebagaimana mereka merampas hak kita di masa dahulu, nescaya kita tidak akan mahu mengalah.

Tetapi hal ini tidak akan berlaku dan hampir mustahil jika kita tidak bersatu. Mereka berjaya kerana mereka bersatu. Apabila dua puak besar Bani Israil Yahudi dan Nasrani bersatu, walhal mereka tidak boleh bersatu selamanya, maka kita kalah. Ini dtegaskan oleh Allah di dalam Al-Quran. Demi untuk menjayakan rancangan mereka memerintah dunia ini, maka mereka sedar tanpa penyatuan bangsa Israil pasti mereka akan hancur. Ini juga termaktub di dalam Al-Quran.

Penyatuan ini adalah semata-mata untuk menyebarkan dan menjayakan rancangan jahat mereka bagi menjatuhkan Islam. Maka rancangan jahat mereka itu pun telah berjaya. Kita mempunyai suatu rancangan murni demi kebaikan. Tanpa penyatuan, bagaimana pula rancangan kita akan berjaya? Ini suatu yang mustahil. Tanpa tauhid, amalan kita pun tidak akan diterima dan gagal.

Oleh itu penyatuan yang bermula dengan penyatuan bangsa adalah sangat penting dan lebih utama dari segalanya. Ada orang yang menganggap perkara yang utama sekali ialah penyatuan Islam atau penyatuan agama. Tetapi Kalau tidak ada bangsa, tidak akan ada agama.

Kita pandai pula pada ketika menyatukan jenis-jenis besi sehingga berjaya menjadi sebuah kereta, ataupun bangunan. Maka batu hendaklah disatukan dengan batu manakala kayu pula hendaklah disatukan dengan kayu. Itu yang lebih mudah. Tetapi pada ketika yang lain ia boleh disatukan di antara pelbagai jenis benda dan ia terlalu sukar. Boleh jadi barang yang terjadi itu tidak cantik dan kurang kegunaannya.

Jadi, 'bangsa' itu adalah 'jenis' (dalam ilmu bahasa/Etymology). Di dalam bahasa Arab ditandakan dengan Huruf Ya di hujungnya dan suffix bahasa bermaksud di hujungnya yang menyatakan jenis, bangsa atau budaya seperti juga bahasa sanskrit dihujung perkataan 'Mala' ditambah dengan perkataan 'ya' atau 'yu' menjadi 'Malaya' atau 'Malayu'. Ia bererti 'Bangsa Mala' atau 'Jenis Mala'. Perkataan “Bani Jawi” adalah bahasa Arab Aribah(Arab Kuno) yang di belakangnya ditambah dengan huruf 'Ya' dari asal perkataan Ja-a ertinya 'pergi/hilang/lari'. Itulah sebab yang dikatakan 'bangsa yang hilang'. Bani bermakna 'anak keturunan'.

Oleh itu, apabila kita telah mengetahui asal usul perkataan sehingga asal usul keturunan dan bangsa bahawa bangsa Melayu adalah bangsa pengembara yang merantau 'pergi' ke Timur, hendaklah kita sedar akan kehebatan bangsa kita. Bangsa kita telah mengembara melalui daratan dan lautan. Sudah tentu bangsa perantau ini mempunyai kebijaksanaan di dalam pelbagai ilmu. Mereka berasal dari perkampungan Nabi Allah Ibrahim di Mala-Ur, Mesopatamia merantau semata-mata mengembangkan agama Nabi Ibrahim yang lurus dan tidak mensyirikkan Allah.

Ikutilah kaedah penyatuan asal dari ciptaan Allah memiliki fitrah di mana dengan fitrah inilah Allah menciptakan makhluknya semua sekali tetapi manusia dan jin suka sangat melanggar atau melawan fitrah ini.

Aku terpaksa membuka rahsia penyatuan ini demi agama, bangsa dan tanahairku. Kita semua sering lupa kepada 'Sa' kekuasaan Allah. Pada hakikatnya kita berasal dari kosong, tidak mempunyai sedikit kekuasaan pun. Pandangan kita bukankah sentiasa menipu, yang jauh tampak kecil padahal ia besar. Begitulah sebaliknya.

Kita memandang bahawa diri kita sudah berkuasa, maka kuasa itu dikawal oleh siapa? Bukankah pandangan kita menipu. Kamu akan dapat menyedarinya dalam Teori Metafizik. Tidakkah kamu orang yang berpelajaran?


LINGKARAN ABJAD
Lapisan pertama ialah angka 'Sa' hingga 9, lapisan ke-2 pula ialah angka puluhan, lapisan ke-3 ialah angka ratusan dan lapisan ke-4 ialah seribu.

Jadi dihitung mengikut lingkaran ialah ا ب ج د ه و ز ح ط nilainya dari kanan tulisan jawi ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan ke-2 ialah ى ك ل م ن س ع ف ص nilainya dari kanan ialah 10,20,30,40,50,60,70,80,90 dan ke-3 ialah ratusan nilai dari kanan ق ر ش ت
ث خ ذ ض ظ ialah 100,200,300,400,500,600,700,800,900 dan tinggal huruf غ nilainya 1000.

Ia menjadi silang abjad seperti ini.. ايقغ 1111 mewakili hari Ahad, بكر 222 mewakili hari Isnin, 333 جلش mewakili hari Selasa, 444 دمت mewakili hari Rabu, 555 هنث mewakili hari Khamis, 666 وسخ mewakili hari Jumaat, 777 زعذ mewakili hari Sabtu, 888 حفض mewakili hari Ahad, 999 طصظ mewakili Ruangan Kosong. Lihat rajah di bawah ;

SILANG ABJAD


Ahad bertemu Ahad 1111+888=1999-999=1000. Jadi 1 hari di sisi Allah bersamaan 1000 tahun dalam perhitungan manusia.

Cuba anda hitung Alif bernilai 1 jika dikembangkan ا menjadi الف maka 1+30+80=111. Dengan erti Alif dalam kamus Arab bererti bersatu.

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Anfal ayat 63)

Dengan itu makna 'Alif' ialah satu dan makna 'Allafa' ialah menyatukan. Kemudian kita ambil pengertian dari makna
كافي 'Kafi' 20+1+80+10=111. Ia bererti Allah 'mencukupi hambaNya'. Kita ambil dengan makna كا =21 ia akan menjumlahkan 786(Bismillahirrahmanirrahim), 7+8+6=21 bersamaan dengan 21 hurufnya. Jika kita kembangkan setiap huruf jumlahnya sama بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ .
2+60+40+1+30+30+5+1+30+200+8+40+50+1+30+200+8+10+40=786786=وحز erti 'Wahz' ialah sembelih, jadi hari-hari dikorbankan untuk syurga. 7 ertinya 7 petala langit dan 7 petala bumi, 8 ertinya hari Ahad dan 6 ertinya Allah menciptakan langit dan bumi serta isinya dalam masa 6 hari

Basmalah and 19

1) Pengulangan hanya 4 nama Allah adalah Fadhlul yang tiple/berganda 19 dalam Al-Quran.

2) Nilai matematik hanya 4 nama Allah boleh dibahagikan dengan 19.
 

3) Nombor yang merupakan gandaan 19 dalam setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 perkataan, adalah sama antara satu sama lain.
 

4) Gandaan 19 dalam pengulangan kata-kata menunjukkan Basmalah. Ini menunjukkan mengapa "Ar-Rahman" (Rahman) dan "Maha Penyayang" (Rahim), nama-nama Allah, telah dipilih dalam Basmalah.
 

5) Semua pekali pada kedua-dua belah jadual adalah sama dengan pekali. Basmalah. 

Allah adalah perkataan yang diulang yang paling kerap dalam al-Quran. Semua terbitan perkataan "Allah" digunakan 2698 (19 × 142) kali dalam al-Quran. Hari ini, ia adalah mungkin untuk memeriksa nombor ini dengan bantuan komputer.


Kamu sedia mengetahui makna 'Bismillahirrahmanirrahim'. Allah telah menciptakan segala-galanya melalui 21 bersamaan 2 dalam 1. Dalam Metafizik 2+1 bukan jumlahnya 3 tetapi jumlahnya ialah 1. Contohnya H2O=1. Ia merupakan sifat penyatuan sejati dengan perasaan kasih sayang sejati daripada Allah swt. Oleh kerana itu Allah mengazab orang yang menentangi sifat itu seperti Iblis yang mana kebencian, kedengkiannya dan kemurkaannya terhadap Adam sebenarnya membakar dirinya sendiri.


                Ini adalah gelombang kasih sayang

Tidakkah ia berbentuk lingkaran atau bentuk spring? Begitu juga gelombang Alpha berbentuk spera, gelombang Beta berbentuk seperti genetik, gelombang Gamma adalah berbentuk silang dan gelombang Delta seperti lingkaran terbuka. Semuanya adalah dalam pengertian 'ABJAD', Alif ialah Alpha, Ba ialah Beta, Jim ialah Gamma dan Dal ialah Delta.

Semua ilmu ini adalah berasal dari ilmu para anbiya dan para rasul seterusnya menjadi ilmu Islam yang dengannya semua makhluk menyerah dan mengikut kepada arahan Allah kecuali jin dan manusia, iblis dan syaitan. Mereka suka menentangi fitrah Allah. Cakerawala, bimasakti, bulan, matahari dan bintang mengikut petunjuk Allah sehingga mereka tidak sekali pun bertembung dan berlaga. Mereka mematuhi undang-undang Allah. Manusia sanggup bertempur dan berperang sesama sendiri merebut bangkai dan tahi. Ia menjadikan dunia huru hara dan tidak aman.

Alam yang kita diami ini sangat harmoni tetapi kerosakan dunia yang berlaku juga adalah hasil tangan-tangan manusia. Memang sudah sepatutnya kerana dunia ini akan binasa juga akhirnya. Dunia yang binasa ini tidak mengapa tetapi manusia dan jin adalah yang paling rugi dan menyesal kerana mereka bakal dibangkitkan dan akan kekal. Paling menakutkan ialah mereka kekal tetapi tidak mati dan tidak juga hidup. Pendek kata mereka disiksa bukan setahun atau berpuluh tahun tetapi jutaan tahun dan tidak terhitung masanya.

Baiklah, mari kita hitung Asma Allah bermula dengan 3 huruf Alif, Lam dan Mim. Ia diringkaskan dari Allahumma. Orang Yahudi menyebut Elohim dalam bahasa Ibrani/Hebrew.
Kita ambil nama umum
الله Alif 1+ Lam 30+ Lam 30+ Ha 5= 66 x 3 huruf =198.
Bahagikan 198 dengan 2 jenis (Huruf dan Nama Allah) = 99. Ia adalah 99 nama Allah yang jika diringkaskan kepada
اللهم , nescaya meliputi semua 99 nama Allah. 99 adalah angka yang menunjukkan ruangan kosong jika ditambah 999 kerana selepas 9, tidak ada angka selain kosong dalam pengiraan Abjad. Hanya ditambah pada bulatan kosong itu angka 1 menjadi 10. Jika besar bulatannya akan menjadikan 100 dan besar lagi bulatannya akan diukur sehingga menjadi 1000. Semua itu adalah disebabkan bulatan, putaran atau pusingan berulang atau pun dipanggil gelombang dan pelbagai istilah yang tidak jauh perbezaan maknanya. Pastinya getaran, putaran, gelombang atau pergerakan tidak dapat dilakukan tanpa ruang kosong.

Bila disebut 9, ia adalah 8 dan 1. Maka 8 ialah hari Ahad kita dan 1 ialah hari Ahad Allah. Kedua-duanya berhubung atau bertemu melalui ruangan kosong. Masa ialah ciptaan Allah dengan bersumber dari putaran bulan, matahari dan bintang. Tanpa ruangan, putaran tidak berlaku dan masa pun tidak akan wujud. Ini adalah ilmu yang paling mudah atau 'simple'. Selalunya yang mudah ini dianggap remeh dan biasa. 'Pelik juga manusia ni' suatu ketika dia tidak mahu yang mudah dan suka pula perkara-perkara yang payah atau kompleks.

Perkara atau bentuk kompleks itu sebenarnya berasal hanya dari satu bentuk mudah yang berulang-ulang. Jika ulangan itu bertambah laju dan kerap maka berlaku "chaos"/ketidakaturan. Walaupun tidak teratur, tetapi semuanya berhubung melalui ruangan kosong yang memberi nilai makna merupakan rahmat Allah bagi segala ciptaanNya. Inilah kelebihan kasih sayang. Ia sesuai dan menyesuaikan walaupun tidak teratur (Relativity
Theory). Macam orang bercinta itu tidak keruan lakunya. Bukan seperti perbalahan atau peperangan yang menghancurkan, membinasakan lagi merbahaya.

Kamu hendak mengetahui ilmu perkiraan di dalam syurga? Semua menunjukkan keesaan dan kekuasaan Tuhan semesta alam. Sebiji buah di dalam syurga dipetik. Tunas yang kosong itu pula ditumbuhi 10 biji buah. Sebiji dari 10 itu dipetik, maka tinggal 9 ditambah dengan 10 = 19. Bukankah 9 dan 1 itu ialah 10 dan 10 itu sebenarnya satu jua.

Seterusnya 19-1=18+10=28. Bukankah 2 dan 8 itu ialah 10?, 28-1=27+10=37 atau sama juga jika kita tambah 9 hasil -1+10. 37+9=46+9=55+9=64+9=73+9=82+9=91+9=100. Bukankah ia 1 jua yang digandakan 10? Jika kita berfikir dengan waras, buah-buahan di dalam syurga tidaklah memenuhi syurga kerana ia berulang kembali menjadi satu. Jika buah-buahan syurga itu kian bertambah dan bayangkan kehidupan di sana selama-lamanya dan penghuni syurga tidak jemu memetik buah, kamu akan melihat buah-buahan akan memenuhi syurga dan tidak ada tempat untuk manusia berjalan. Fikir-fikirkanlah !

Seterusnya 100+9=109. Bukankah 1 dan 9 itu ialah 10 dan 10 ialah 1? 109+9=118. 1,1 dan 8 ialah 10. 118+9=127+9=136
+9=145+9=154+9=163+9=172+9=181+9=190+9=199. 

Tanda Keajaiban Angka 19

عَلَيۡہَا تِسۡعَةَ عَشَرَ (٣٠) وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓٮِٕكَةً۬‌ۙ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَہُمۡ إِلَّا فِتۡنَةً۬ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَـٰنً۬ا‌ۙ وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِہِم مَّرَضٌ۬ وَٱلۡكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِہَـٰذَا مَثَلاً۬‌ۚ كَذَٲلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ (٣١) سُوۡرَةُ المدَّثِّر


“Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)(30) Dan Kami jadikan penjaga neraka itu hanya dari malaikat, dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai cobaan bagi orang-orang kafir, agar orang-orang yang diberi kitab menjadi yakin, agar orang yang beriman bertambah imannya, agar orang-orang yang diberi kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu, dan agar orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (berkata), ‘Apakah yang dikehendaki Allah dengan (bilangan) ini sebagai suatu perumpamaan?’ Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang Dia kehendaki. Dan tidak ada yang mengetahui bala tentara Tuhanmu kecuali Dia sendiri. dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan kepada manusia.(31)” 

       ١٨= 18    ٨١= 81                          ١٨+٨١= 99    

18 + 81 = 99............Nama Allah
Jika kita meletakkan nombor – 18 and 81 sebelah menyebelah, kita akan mendapat nombor ajaib - 1881:
18 and 81 -------------- 1881
1881 = 19 x 99   


 






Allah الله 


Kebanyakan orang merasa hairan melihat bentuk sekeping pokok kayu yang dibelah yang tertulis kalimah Allah. Begitu juga mereka hairan melihat seekor ikan terbentuk pada sisik-sisiknya satu kalimah Allah. Apa yang hendak dihairankan? Segala-galanya terbentuk dari kalimah Allah. Cuba kamu renungi semua benda, manusia atau semua perkara tidak terdiri kecuali dengan huruf Alif manakala pengulangan dan penyambungannya ialah dari huruf Lam dan semua yang bulat atau spera terkandung di dalam ruangan atau sesuatu yang diisikan.
 
Allah الله dalam bahasa Arab memaparkan setiap tangan insan nilai berangka  bagi nama Arab Tuhan 'Allah' adalah 66. Allah Abjad atau berangka Nilai = 66.
Kita juga tahu bahawa terdapat 99 nama Allah. Jika kita terbalik bilangan - 99, kita akan mendapat: 
99 ------------- 66
Nama
bagi Allah  
6619 adalah Nombor Perdana:
Nombor - 6619 adalah Nombor Perdana dalam mata pelajaran Matematik.
Jika kita hitungkan kalimah Allah itu jumlahnya 66 الله dari Alif 1+ Lam 30+ Lam 30 + Ha 5 = 66 menunjukkan sempurna kejadian Allah itu dalam 6 masa dan sempurna Al-Quran sebanyak 6666 ayat. Tidakkah kamu ingin berfikir? 
199, jika ditambah dalamnya menjadi 1+9+9=19. Tahukah anda rahsia 19? Ia adalah terbentuk dari segienam sebanyak 3 lapisan. Lihat rajah di bawah ;  

Ini adalah keajaiban angka-angka segienam.
 
Kamu dapat melihat di dalam segitiga, segiempat atau semua segi terdapat bentuk-bentuk yang lebih kecil jika diulang-ulangkannya. Ia berasal dari satu garisan huruf Alif sehingga ia akan menjadi seperti di bawah ;
 Seperti juga bentuk DNA manusia. Ia berasal dari huruf Alif seumpama seutas tali yang digoncangkan. Inilah yang ditakrifkan sebagai 'Repeating Pattern In The Mother Nature'. Ia adalah berasal dari satu titik atau 'Simple Thing Only' dan berlaku pengulangan bentuk. Fikir-fikirkanlah tanda-tanda keesaan dan kekuasaan Allah swt.
Fadhilat Zikir

Aku teringat hadis Nabi di dalam kitab Fadhilat Zikir bahawa suatu malam Nabi meminta izin dari Aishah R.ha untuk bangun beribadat. Lalu Baginda menangis semalam-malaman sehingga bengkak kakinya. Pada paginya Aishah bertanya " Hai Rasulullah, mengapa engkau menangis? Bukankah Allah telah mengampunkan dosa-dosamu sebelum kau lakukan dan kendati pun dosa yang telah kau lakukan?

Maka Jawab Nabi "Tidakkah kau ketahui bahawa ayat ini telah diturunkan pada malam ini(Surah Ali Imran ayat 190-194)? Lalu Baginda membacakan ayat-ayatnya kemudian sabda Rasulullah saw. "Celakalah orang yang membaca ayat-ayat ini tetapi tidak memikirkan isi kandungannya (sabdanya sebanyak 3 kali)". Kecelakaan akibat orang yang tidak mengambil pengajaran dari segala ciptaan Allah, memikirkan tentang perubahan siang dan malam dan menjadikannya asas keimanan sejati.

Mungkin anda semua tidak sabar untuk bertanya "Bagamanakah caranya satu bangsa itu boleh bersatu?" Aku hanya berceloteh panjang sambil membuat perhitungan yang mengelirukan atau kamu tidak faham langsung. Kalau kamu mempunyai sikap terburu-buru nafsu ingin cepat dan ringkas, kamu tidak dapat menghayati kesenian dan keesaan alam ini. Tetapi cara mudah dan ringkas yang aku tunjukkan pun masih tidak dapat difahami. Ingin tahu? Selalunya perpecahan berlaku kerana salah faham antara kita. Selalu kita terlepas pandang dan cepat menuding jari tanpa usul periksa dan tanpa bukti yang nyata. Marilah kita betulkan kefahaman kita dahulu menjadi satu kefahaman dan boleh berinteraksi secara baik antara kita. Jangan cepat purba sangka dengan orang lain kerana firman Allah bahawa sangkaan itu tidak memberi faedah terhadap kebenaran.

Lagi pun, bukan kuasa kita untuk memberi hidayat atau kefahaman ini kepada semua orang. Kalau kamu ingin doa kamu dimakbulkan, doakanlah untuk kebaikan orang lain. Tidakkah kamu lakukannya? Doa kamu untuk orang lain itu tandanya kamu sayang mereka kerana Allah. Itulah yang sebenarnya 'power'. Itulah keajaiban kasih sayang semata-mata kerana Allah.

Marilah kita mendekati Allah dengan seketika masa untuk merenung dan mengkaji sesuatu ciptaan dan bandingkannya dengan dirimu sendiri. Lihatlah Allah memberi pilihan dan peluang yang banyak untuk manusia mengolahkan segalanya agar ia menjadi manfaat umum. Firman Allah “Tidak aku jadikan semua ini dengan sia-sia”. Hanya manusia yang mensia-siakannya. Ciptaan lain tidak mempunyai banyak pilihan dan hanya mengharapkan perbuatan dan kebijaksanaan manusia.

Ketahuilah tidak ada manfaat yang lebih besar selain orang yang mengambil iktibar sesuatu untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Manusia yang paling bijak ialah orang yang meyakini bahawa maut itu pasti. Apakah ertinya harta yang dikumpulkan bila kematian menjemputnya? Kematian menjadi bahan ukur nilai dunia ini. Nilai syurga tidak dapat diganti dengan semua harta benda dunia. Ia hanya dinilai dengan keikhlasan seperti kamu membelanjakan sebelah buah tamar dengan ikhlas dinilai seumpama segunung Uhud emas.

Keikhlasan pula tidak diperolehi tanpa kasih sayang kerana Allah. Biar aku beritahu kamu siapa Allah? Ia terhimpun dari 4 huruf. Pertama ialah Alif. Huruf Alif tidak boleh bersambung dengan Lam pada tulisan, bersambung pada bacaan. Kenapa? kerana huruf Alif menunjukkan zat dan zat Allah tidak menyerupai. Pendek kata tiada rupa untuk dilihat oleh mata kasar atau untuk dibayangkan. Sebab itulah ia tidak bersambung ketika melihat tulisan tetapi jika dibaca dengan suara, maka ia bersambung pada rahsia. Erti ‘rahsia’ iaitu tidak boleh dihuraikan dengan kata-kata seperti rasa ‘manis’, cuba kamu huraikannya!

Kedua ialah huruf Lam. Huruf Alif pertama tadi dimasukkan ke huruf Lam pada bacaan ertinya ‘Allah memperkenalkan sifat keesaan dan kekuasaanNya dengan perbuatanNya menjadikan alam ini’. Huruf Alif tetap tidak berhajat kepada Lam dari awal hingga akhir dan juga tidak berhajat kepada huruf-huruf lain.

Buktinya jika hendak menyebut Lam yang ketiga dengan baris atas wajib dengan membunyikan huruf Alif. Huruf Alif itu datang dari lubang halqum yang kosong yang menggerakkan suara. Oleh itu huruf-huruf lain berhajat kepada huruf Alif untuk membunyikannya. Maka Lam yang ke-2 itu sifat kepada Allah, nyawa kepada kita dalam rahsia ruhullah. Lam yang ke-3 ialah perbuatan kepada Allah, tubuh kepada kita yang menggerakkan setiap huruf Alif, Waw atau Ya. Pada perbuatan itu terkandung rahsia gerak dan diam, berubah dan tetap.

Keempat huruf Ha. Ia mengandungi rahsia ilmu Allah yang meliputi dan melingkari setiap perkara. Pada ketika itu berakhirlah dan sempurnalah segala urusan awal dan akhir. Padanya terdapat semua nama Allah dan nama-nama lain yang merupakan hati kepada kita. Itulah yang terkandung di dada Adam Alaihissalam iaitu segala nama, segala rahsia dan segala yang dapat dirasa.

Bagaimana pendapat kamu sebelum kita wujud dan tidak ada sesuatu pun yang boleh disebut? Siapakah yang wujud sebelumnya? Biar aku nyatakan. Hanya zatNya yang berkuasa, yang berkehendak, yang hidup, yang mengetahui, yang melihat, yang mendengar dan yang berkata tanpa suara tetap dalam rahsia keesaanNya. Ingat ! Kamu tidak boleh membayangkan zatNya. Cukup sahaja kamu meyakini bahawa zatNya esa seperti sa huruf Alif.

Tahukah kamu bahawa isyarat 111 itu ialah tiga Alif yang tidak berpisah dan tidak juga bersekutu? Bunyinya ialah ‘a’, ‘i’ dan ‘u’ seperti ini ; اُ اِ اََ semuanya adalah bunyi, cuma berbeza antonasinya. Kamu boleh mengisyaratkannya tanpa bunyi dan hanya ditunjukkan dengan mimik muka, bahasa badan dan perasaan contohnya ketika kamu merasa hairan, kamu akan ternganga dan berbunyi ‘aa?’. Ketika kamu takut, kamu akan menggigil dengan bunyi ‘hiiii..’. Ketika kamu kagum, dengan muncung mulut kamu berkata ‘uuuu..’. Maha Kaya zatNya yang telah memperkenalkan diriNya kepadamu. Tidakkah kamu memahaminya. Begitulah sebelum ada sesuatu. Tidak ada selain zatNya Yang Maha Esa.

Kamu hairan tadi itu kepada siapa sebenarnya? Tidakkah kamu sedari bahawa kamu hairan kepada keesaanNya? Kamu takut itu kepada siapa? Tidakkah kamu sedari bahawa kamu takut kepada keagunganNya? Kamu kagum tadi kepada siapa sebenarnya? Tidakkah kamu sedari bahawa kamu kagum kepada kesempurnaanNya? Semua perbezaan sifat itu pun dalam keesaanNya.

Aku cuba memahamkan kamu tentang bunyi. Satu hari aku berjalan kaki menuju ke kilang tempat aku bekerja. Pada jarak 3km, bunyi mesin kilang itu ialah aaaaaaa.. dan pada jarak 1km ke kilang itu bunyi mesin berubah kepada iiiiiiiiii... Maka setelah aku memasuki ke dalam kilang, mesin yang sama berubah bunyinya kepada uuuuuuu... Apakah maknanya itu? Sebelum ada sesuatu, tidak ada huruf, suara atau bunyi. Hanya wujud zatNya Yang Maha Esa.

Tidak cukupkah lagi untuk menyatakan Allah? Cuba kamu tulis kalimah Allah dalam bahasa Arab di atas sehelai kertas. Satu-satunya nama yang ditutup dengan sehelai kertas lain dan ditinggalkan satu huruf masih bermakna. Cuba kamu tutup ﻟﻟﻪ tinggal seperti rajah ini
Alif itu bermakna zatNya Yang Maha Esa. Kemudian tutup Alif tinggal ﻟﻟﻪ bermakna ‘kerana Allah’ dan tutup ﺍﻟ tinggal ﻟﻪ bermakna ‘milik Allah’ dan kamu tutup ﺍﻟﻟ tinggal bermakna ‘Dia Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin.

MAKNA ‘HU’ ﻫﻮ

Siapakah ‘Dia’? ‘Hu’ ertinya Dia setelah wujud kita. Batin itu kembali kepada hati dinamakan Latifah Rabbaniyah ertinya ‘Rahsia Ketuhanan’. Jika kita menyebutNya akan nyata keajaiban hakikat keyakinan yang tidak ada tolok bandingnya. Cuba kamu hitung Ha 5+ Waw 6= 11. Inilah rahsia kehidupan di dalam perkataan ‘Hu’. Setiap ucapan yang hidup ialah ‘hu’. Setiap yang bergerak menyatakan ‘Hu’.

Cuba kamu dengar bunyi angin, hujan, bunyi ombak lautan, bunyi guruh berdentum, bunyi enjen kereta yang dihidupkan, bunyi nafas kamu dan semua menyatakan ‘Hu’. Maha Kaya Allah. Setiap ucapan yang hidup ‘Hu’. Maknanya ‘Dia Yang Maha Hidup lagi menghidupkan bumi yang mati. Tidakkah kamu melihat rupa biji benih dan tunasnya tidakkah rupanya seperti ini;


Ia juga menyatakan ‘Hu/ﻫﻮ ’ untuk hidup. Allah menjadikan batin tempat kehangatan yang lembut/latif. Dengan sifat inilah makhluk ciptaanNya terus hidup. Jika Alif zat Allah itu yang maha perkasa sifatnya dilakukan terhadap makhluk ciptaanNya yang sangat lemah, pasti akan hancur berkecai semua sekali. Maka kehalusan dan kelembutan huruf Ha menjadi tempat kasih sayangNya.

RAHSIA ANGKA 2


Allah Taala menjadikan angka 2 pada hari Isnin. Dia menjadikan ciptaanNya berpasang-pasangan, Langit dan bumi, daratan dan lautan, bulan dan matahari serta bintang-bintang berpasangan. Pada hari itu asa namaNya menjadi dua pengasih lagi penyayang tanpa disendikan dengan perkataan ‘dan’. Apakah maknanya?

Tidakkah kamu lihat pada tubuhmu? Allah menciptakan berpasangan, atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang serta luar dan dalam. Kemudian 2 mata, 2 telinga, 2 lubang hidung, 2 pipi, dua bibir dalam satu kepala. 2 tangan, 2 siku, dua tetek, 2 ketiak, 2 saluran najis dan 2 kaki dalam satu tubuhmu. Apakah maknanya?

2 mata 1 penglihatan, 2 telinga 1 pendengaran, 2 bibir satu bahasa, 2 lubang hidung 1 baunya, 2 tangan saling berpegangan dan membantu, 2 kaki satu arah perjalanan. Semua itu semata-mata mengesakan Allah dalam satu kefahaman.

RAHSIA ANGKA 3


 Allah Taala menjadikan angka 3 pada hari Selasa. Pada hari itu diciptakan makhluk antara langit dan bumi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, gunung ganang dan batu batan serta hujan dan sungai-sungai. Pada hari itu bumi menjadi tetap dan kukuh dengan pasakan gunung ganang dan tumbuhnya segala tumbuh-tumbuhan.

Hikmahnya hari yang ketiga ini, diciptakan jin dari api dan air yang panas dari neraka Barjut. Kepalanya binatang dan badannya manusia. Ada juga terbalik kepala manusia dan badannya binatang. Ada juga sesuai dan cantik. Angka tiga adalah angka yang tidak seimbang dan segitiga adalah segi yang tidak berimbangan. Namun hari yang ke-3 akan sampai hari yang ke-6 untuk disempurnakannya.

RAHSIA ANGKA 4 


Allah Taala menjadikan angka 4 pada hari Rabu. Pada hari itu dijadikan 4 musim, musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Pada hari itu matahari mengeluarkan cahayanya tetapi belum bergerak. Bulan dan bintang pun diam tanpa berputar. Pada hari itu Allah menciptakan para malaikat dan membina Baitul Makmur serta menegakkan Arash dengan 8 malaikat menanggungnya dan terus menjadi tiang sampai hari kiamat.

Kamu lihat Kaabah atau kiub. Dilihat pada satu dimensi, ia adalah empatsegi. Jika kamu lihat kiub ia menjadi segienam. Contohnya;


RAHSIA ANGKA 5 


Allah Taala menjadikan angka 5 pada hari Khamis. Pada hari itu diciptakan 7 Falak dan 12 buruj jumlahnya 19 gugusan yang di dalam 19 gugusan itu terdapat 10 planet. Planet paling besar ialah Matahari dan paling jauh sekali ialah Pluto.

Tahukah anda nombor yang boleh dibahagikan dari 1-10 dan tidak terdapat bakinya? 2520. 2520÷10=252, 2520÷9=280, 2520÷8=315, 2520÷7=360, 2520÷6=420, 2520÷5=504, 2520÷4=630, 2520÷3=840, 2520÷2=1260, 2520÷1=2520.

Angka 2 adalah angka yang paling sederhana dan angka 5 adalah angka pertengahan. Sebab itulah tidak ada bakinya dalam pembahagian sa. Ia bersilih silang genap dan ganjil.

RAHSIA ANGKA 6 


Allah Taala menjadikan angka 6 pada hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, bukan Nabi Adam zaman diciptakan manusia tetapi Adam pertama dan memangnya diciptakan dari tanah. Rupa mereka tidak dapat diketahui, hanya terdapat di dalam kitab Israiliyat. Pada hari itu Allah menyeru langit dan bumi datang menyahut perintah Allah dalam keadaan sukarela atau terpaksa. Maka langit dan bumi menjawab bahawa mereka datang dengan sukarela kecuali jin dan manusia, ada yang menyahut perintah Allah secara terpaksa.

Pada hari itu telah disempurnakan segala ciptaan dan berhenti semua alam tidak bergerak pada hari yang ke-7.

RAHSIA ANGKA 7  


Allah Taala menjadikan angka 7 pada hari Sabtu. Pada hari itu tetap tidak berubah dan tidak bergerak semua kejadian. Orang Cina percaya angka 7 ini angka mati atau sial. Memang begitu tetapi percayalah angka 7 merupakan hari bertenang dalam jangkamasa untuk melonjak ke arah pergerakan yang terus menerus membawa kemajuan dan kejayaan.

RAHSIA ANGKA 8 


Inilah angka yang paling lengkap melengkapi tetapi ramai yang tidak tahu. Asalnya segienam pada satu dimensi dan segilapan pada banyak dimensi contohnya;



Ia dijadikan pada hari Ahad yang mana bermula semua pergerakan dan putaran kerana 1 dan 8 yang bertemu melalui ‘Black Hole’ atau ‘Space Super Corridor’ bernilai 9. Ia juga dinamakan ‘Vacuum’ yang tidak ada satu zarah pun padanya. Dalam bahasa Melayu ialah ‘Ruangan Kosong’. Tanpa ruangan tidak ada satu zarah pun boleh bergerak atau berputar.

Cuba kamu hitung dengan perhitungan Abjad. Jika 8x1=8. 8x2=16, 1 dan 6 ialah 7. 8x3=24, 2 dan 4 ialah 6. 8x4=32, 3 dan 2 ialah 5. 8x5=40, 4 dan 0 ialah 4. 8x6=48, 4 dan 8 ialah 12, 1 dan 2 ialah 3. 8x7=56, 5 dan 6 ialah 11, 1 dan 1 ialah 2. 8x8=64, 6 dan 4 ialah 10, 1 dan 0 ialah 1. 8x9=72, 7 dan 2 ialah 9. Tidakkah ia menunjukkan kesempurnaan?

RAHSIA ANGKA 9


Angka 9 adalah angka ganjil atau aneh. Setiap 10 dibuang 1 akan jadi 9 dan pengkalian yang tepat mendapat jumlah yang tepat. Berbeza dengan setiap 10 ditambah 1 akan jadi 11 digit bagi memulai segala kebenaran dan penyatuan. Tidak ada padanya satu perselisihan pun. Lihat contoh ini;




9 x 2 = 18


9 x 3 = 27

9X49 x 4 = 36=36


Begitulah seterusnya sehingga 9x11=99, 9 dan 9 ialah 18, 1 dan 8 ialah 9 juga kembalinya. Tidak kira dikalikan dengan apa pun ia akan kembali menjadi 9 contohnya; 9x114=1026, 1,0,2 dan 6 ialah 9. Di mana ada ruangan maka sifatnya sama sahaja. Setiap jirim akan menempati ruangnya.   

Aku juga teringat kisah Nabi Allah Idris Alaihissalam ketika beliau asyik menjahit pakaian dengan seutas jarum. Maka datanglah Iblis Laknatullahi ‘alaih berupa seorang tua. Kata Iblis “Wahai Idris yang saleh, aku ini seorang tua yang tidak mengetahui dan tidak berpelajaran. Baru bertaubat dan ingin belajar denganmu. Ingin aku tanyakan satu perkara. Bolehkah Allah memasukkan seekor lembu ke dalam lubang jarum yang kecil ini?”. Jawab Idris “Hai orang tua, hampirkan telingamu yang kurang mendengar itu agar aku bisikkan jawapannya”. Lalu Iblis mendekatkan telinganya.

Tiba-tiba Idris mencucukkan hujung jarum ke mata Iblis seraya berkata “Aku tahu bahawa kau Iblis yang ingin merosakkan keyakinanku terhadap kuasa Allah Taala. Bahawasanya Allah boleh memasukkan seluruh alam ke dalam lubang jarum yang kecil ini sekali pun lubang jarum ini tidak membesar atau alam ini menjadi kecil”.



GELOMBANG

Tahukah kamu bahawa segalanya berasal dari gelombang? Di dalam Al-Qanun Al-Mas'udi m/s 45 menyatakan "العالم بكليته جرم مستدير الشكل مثناه فى حواشه بعضه ساكن فى جوفه " "Alam semesta semuanya adalah jirim yang berputar berbentuk di dalamnya 2 satah yang berhubung dengan sebahagiannya dan tetap tidak bergerak di tengah raungannya".

Gelombang pula sebenarnya berasal dari cahaya. Cahaya mengeluarkan api yang bersifat panas kering. Apabila tekanan rendah berlaku akibat kepanasan, berlaku kekosongan ruang yang perlu diisi oleh molekul yang bertekanan tinggi. Dengan ini terhasillah angin yang bersifat panas basah. Di dalam angin itu terdapat molekul-molekul seperti oksigen, hidrogen, nitrogen dan gas-gas yang lain. Ia akan bergerak ke dalam hampa gas yang bertekanan rendah. Gelombang angin berlaku dan terkadang berlaku pusaran angin.

Tahukah kamu pusaran tajam dari angin puting beliung dengan kelajuan 1111kali/saat akan memecahkan batu dan membawanya melambung ke atas? Mana kuat angin ataukah batu? Sedangkan angin itu lembut dan batu itu keras.

Gelombang biasanya akan melakukan putaran halus sehingga putaran yang paling luas. Begitulah yang terjadi pada setiap molekul atau zarah atom. Atom terdiri daripada sub-sub-atom bernama Neutron, Proton, elektron dll. Setiap sub-atom itu bergetar dan berputar berulang kali secara tetap. Partition yang menyambungkan di antara sub-sub-atom itu sebenarnya ialah ruangan. Tanpa ruangan sub-sub itu tidak boleh bergetar atau berputar.

Daripada ukuran diameter, kita boleh mengukur putaran dan kelajuan setiap sub dan berapa pengulangan setiap saat walau pun ia hanya anggaran. Namun ia dapat dikenalpasti kebarangkaliannya dan hampir tepat. Cuba anda lihat pada jejari tayar kereta atau motosikal. Jika putarannya sangat laju, ia tidak kelihatan selain warna putih jernih. Jika lebih laju lagi, jejari itu seolah-olah berputar berbalik ke belakang dan jika sangat laju, ia akan menjadi hitam berkilat.

Begitulah yang berlaku kepada gelombang yang berulang tetap beribu atau berjuta kali per-saat bahkan gelombang itu tersebar luas secara ulangan yang sama bentuknya dan berkembang. Dari gas akan menjadi cecair dan cecair pula akan berubah menjadi solid dan keras. Begitu juga sebaliknya yang solid boleh cair dan menjadi gas bergantung kepada kelajuan dan kekerapan ulangannya secara tetap.

Gelombang-gelombang halus itulah dinamakan sub-atom yang bercantum menjadi pelbagai jenis molekul. Gelombang-gelombang yang tidak kelihatan itu dikenalpasti melalui ilmu metafizik. Warna yang terhasil dari molekul dapat dikenalpasti jenisnya dan baunya melalui ilmu kimia. Semua ilmu ini adalah milik Allah dan Allah Taala boleh menganugerahkan kefahaman kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya tanpa sebab.

Sebagaimana yang diberi hidayat oleh Allah, aku meyakini bahawa tidak logik dua molekul Hidrogen bercantum dengan satu molekul Oksigen, tetapi setiap 2 kali putaran gelombang Hidrogen per-satu gelombang Oksigen. Sebab itulah air boleh melakukan pantulan cahaya dan juga menyerap cahaya dan haba setengahnya. Dalam keadaan tersangat sejuk dan basah, ia akan membeku menjadi ais.

Gelombang Cakerawala

Satu daripada kesilapan besar para saintis kerana terlampau banyak analisis melebihi sintesis dan akhirnya menghadapi kebuntuan. Akibatnya mereka menyalahkan Al-Quran dan menafikan kebenarannya. Otak mereka yang terlampau bijak kononnya menjangkau sesuatu yang tidak wujud pada hakikatnya bahkan teori mereka tidak logik sama sekali.

Pada mulanya mereka mengatakan matahari mengelilingi bumi seperti teori Darwin. Mereka sebenarnya bodoh dan banyak keraguan di sini kerana tidak yakin serta berubah-ubah pula teori mereka. Kemudian teori itu diubah oleh Galileo kononnya bumi berpusing di atas paksinya sambil mengelilingi matahari.

Kedua-dua teori mereka tidak tepat sama sekali bahkan saling menafikan kebenaran Al-Quran. Peliknya, mereka diterima pula oleh dunia. Tidakkah mereka berfikir kejadian dalam diri mereka sendiri yang lebih sempurna? Tidakkah ada teori saling mengelilingi? Seperti kamu memutarkan dua jari telunjuk kanan dan kiri sehingga keduanya saling mengelilingi. Kemudian jauhkan jarak antara dua jari telunjuk itu dengan tidak berhenti memutarkannya.

Begitulah seperti yang dikhabarkan oleh Allah di dalam Al-Quran bahawa matahari berputar di atas garisannya dan bumi bergerak seperti awan yang bergerak. Perkara yang begitu mudah sekali untuk difikirkan tetapi bagaimana mereka boleh tersesat akal? Sekarang setelah ada teori Newton dan Einstein, barulah kita menamakannya ‘Teori Bodoh Darwin’. John Newton yang telah menganut Islam dan Albert Einstein yang hampir memeluk Islam.

Alam ini terdiri daripada 80,000 jenis bermula dari hari Ahad yang ke-8. Pengiraan Abjad ini tidaklah susah jika dibandingkan dengan Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Ia merupakan yang paling asas dari semua asas. Allah telah memperkenalkan keesaanNya di bawah satu kudrat. Pengulangan bentuk atau ‘repeating pattern’ menjadikan seolah-olah banyak dan memang tampak banyak tetapi dalam satu kekuasaan.




Cuba anda lihat teori ini ¹/0=α(infinity) ertinya ‘tidak tertakrif’ seperti ruangan masa yang tidak ada kesudahannya. Erti kata lain masa yang kekal selama-lamanya. Ini Jika keesaan atau kekuasaan Allah diletakkan di atas sekali dan kosong itu ialah keduniaan yang tidak bernilai langsung. Jika kosong itu teratas dan diutamakan, contohnya; º/1=0. Jawapannya ialah kosong.

Kamu akan lihat juga jika banyak keduniaan yang bernilai sifar itu didahulukan seperti 00000000001, maka 1 sahajalah nilainya. Jika 1 didahulukan maka semua kebendaan dan keduniaan bertambah nilainya seperti 10000000000. Bukankah ia terlalu mudah untuk difahami?

Utamakan kebenaran dari ilusi dan dahulukan perintah Allah dari semua kebendaan dan keduniaan yang akan binasa. Utamakan angka 11 dalam memupuk perpaduan dan kasih sayang. Laluilah ia dalam angka 19 agar bertambah nilai kasih sayang semata-mata kerana Allah. Ingat kuasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi ialah kasih sayang dari Allah Taala 70 kali kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Fikir-fikirkanlah jika mahu satu kefahaman, satu bangsa, satu agama dan Satu Malaysia.

Di bawah ialah kitab-kitab rujukan seperti Al-Battani karangan Abu Abdullah Muhammad Ibnu Sinan, Al-Hisabulfalaki karangan Yusuf Al-qardhawi, 3 jilid kitab karangan Abu Raihan Muhammad bin Ahmad bertajuk Al-Qanun Al-Mas'udi. Banyak lagi kitab-kitab kuning(kuno)yang boleh dirujuk seperti Tajul-Muluk dan lain-lain.

الحساب الفلكي وإثبات أوائل الشهور




Bersabarlah akan datang Satu Abjad edisi yang kedua Insya Allah.



Klik Di SiniAbjad 2